Apa itu Kolagen?

APAKAH KOLAGEN?
Kolagen merupakan serat protein kompleks yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Ia berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen
BAGAIMANA KOLAGEN BERFUNGSI?
Sains telah membuktikan bermula usia 25 tahun, kulit kita akan mula kehilangan kolagen secara berperingkat pada kadar 1.5% setiap tahun, dan kita akan kehilangan 50% kolagen (dari usia 25tahun) pada usia 60 tahun. Bermakna, kita akan kehilangan setengah dari kolagen dalam badan bila usia mencecah 60 tahun.Kehilangan kolagen inilah faktor utama kenapa kulit semakin berkedut, terlalu kering, rosak, nampak kusam, hilang keanjalan, rambut rosak, kuku pecah dan sebagainya.
APAKAH SUMBER UTAMA KOLAGEN?
Secara semulajadi, tubuh manusia menghasilkan kolagen mengikut diet pemakanan seseorang. Lebih banyak sumber maka lebih banyak kolagen terhasil untuk tubuh.Terdapat 2 sumber utama kolagen iaitu sumber haiwan dan sumber tumbuhan. Pembekal utama kolagen terbaik adalah dari sumber tumbuhan iaitu rumpai laut.Rumpai laut mempunyai 3 gred utama iaitu gred A, B dan C. Hanya rumpai laut gred A sahaja yang boleh dimakan
APAKAH SEBENARNYA KOLAGEN DARI kolagenasli3a.blogspot.com?
Kolagen Asli dari kolagenasli3a.blogspot.com merupakan kolagen mentah dari sumber tumbuhan (rumpai laut Gred AAA). Ia asli, tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan hanya melalui proses pengeringan sahaja.Kolagen mentah inilah yang biasanya digunakan oleh industri dalam penghasilan produk kecantikan dan kesihatan.

No comments:

Post a Comment